Friday 30 March 2012

pelajar sekolah agama vs pelajar sekolah bukan agama

dah agak lama aku nak sentuh bab ni..tapi tak kesampaian akibat kesempitan masa.hey..jeles betul la kau ni..
hmm..kenapa tetiba aku nak timbulkan persoalan ni,.al kisah..satu hari ni aku buka facebook then aku terbaca la  seorang perempuan ni post something..ada kat home aku...post dia tu cam menarik perhatian aku..ada berkaitan dengan tajuk di atas..perempuan ni aku bagi dia si A n perempuan yg lg org ni si B..n lagi sorg si C..


contoh pic pelajar sekolah agama..
hanya pic hiasan..



situasinya begini:
A posted something ..makanya B comment..dlm comment tersebut B telah menggunakan ayat yg mengutuk budak yg pernah bersekolah agama ni..walaupun aku taktau asal usul kejadian tersebut..makanya kau telah membuat penilaian aku sendiri..B mmpunyai boyfriend tp dah kena tinggal ngn boy friend nya itu..punca tak tau..makanya B bengang kerana ditinggalkan..disbbkn itulah B mengutuk exboyfriend nya di dlm comment nya dgn menggunakan perkataan "budak sekolah agama"..makanya A telah bercerita hal ini kepada C..B bercerita seakan-akan ingin mengapi-apikan C..nampak gaya macam nak cari backup to support her...
maka macam2 la yg diceritakan olehnya kepada C..

ok..habis cerita tentang situasi..

hmmm...yang aku tak paham sekarang ni ialah mengapa B menggunakan nama "budak sekolah agama" untuk dikutuk..iya!tak boleh nak letak semua kesalahan pada B..mungkin dia betul..dan mungkin dia salah..
tapi yang lagi aku tak paham . kenapa A membuatkan lagi keadaan dan situasi tersebut menjadi lebih teruk dan buruk???aku tak tahu lah A ni budak sekolah agama or not..paling kurang pon tanyelah B ,,nape dia cakap macam tuh..ini tak..makin buat keadaan jd lebih teruk..iya..aku tahu kau nak pertahankan title "budak sekolah agama"..tapi pada pandangan aku ..kau lg memburukkn title "budak sekolah agama"..


contoh pic pelajar budak sekolah agama..
hanya pic semata-mata

ok lah...aku pon malas nak tulis semua dalam ni secara terperinci..so biarlah aku buat problem solving..dimana skills untuk menyelesaikan masalah ini telah aku belajar dalam kelas ILS..introduction to legal skills..

pada pendapat aku cmni..

aku tak boleh salahkan 100% pada A sebab mengutuk dan menghina ..tetapi aku sedih tengok perangai bdk sekolah agama ni,..tapi aku tak salahkan korg la..aku just sedih dan tak paham je..
sepatutnya anda sebagai pelajar yg pernah belajar di sekolah agama..tak kisah la korg belajar kat sekolah mana pon..tolonglah jaga nama baik sekolah agama anda...kerana ia akan mmberikan pandangan negatif pelajar yg tidak belajar di sekolah agama terhadap pelajar yg pernah belajar di sekolah agama..
senang cite macam ni..kalau kau dah tahu perangai kau tu teruk..so tak payah la nak mengaku kau tuh budak sekolah agama..buat malu je..kau tuh dan burukkan nama baik kau..at de same time kau juga dah palitkan tahi hijau kau tuh pada nama baik sekolah agama...pikir pikirkan la sendiri..korg semua dah besar..boleh bertindak dengan lebih matang..

dan nasihat aku kepada pelajar yg tak pernah belajar di sekolah agama ni..janganlah disebabkan kau marah dengan seseorang yg pernah belajar kat sekolah agama ni,kau menghina seluruh institusi pendidikan yg berteraskan agama...dan jangan pula kau hina dan maki semua pelajar yg pernah belajar atau sedang belajar di sekolah atau institusi agama gara gara 'bengkek' dengan perangai seseorang yang lepasan sekolah agama..
janganlah disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga.hehe..
p/s: aku tak sokong mana mana pihak..sebab aku taktahu hal sebenar..hehe...

Thursday 29 March 2012

sekadar renungan








Kata Syeikh Ahmad Yasin:

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).


Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.


Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.





Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.


Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.




Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.


Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.


Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.


Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”

jagakan dia untukku

Ya Allah..kau jagakan dia untuk aku..dia berada jauh di mataku..tolong jagakn dia untukku..
kuatkan hatinya untuk menempuhi hari hari yg penuh mencabar di sana..moga dia tabah dan kuat mengharungi 1001 dugaan dan cabaran..




Sunday 25 March 2012

minta izin

hayya...lama sudah tak update..hmm..based on the title ..nak cerita sikit betapa pentingnya minta izin..
kisah benar yg jadi kat aku..cmni ceritanya..13.3.2012 aku patah kaki coz main rugby..time training..now dah dekat 2minggu aku kat rumah..terlantar cm orang nak mati..aku dah beli lah macam2 nak prepare for the game bfore injured..beli but rugby,tight(betol ke eja),jersi..so aku tak boleh la nak pakai semua yg aku beli tu sebab tak dapat main coz injured..so barang2 tu aku biar la dlm locker kt uia...so satu hari someone called me..dia telled me that somone pkai jersi aku tuh..perggghhh...gase cam nak duku2 kepala orang tu..tahu lah aku tengah sakit..takyah lah buat aku cmni..mentang2 aku tak boleh buat apa2..sedap hati kau je nak buat sukahati kau..dah la buka locker aku tak bagitahu..kau rembat pulak baju aku buat main bola dengan maen rugby..susah sangat ke nak minta izin daripada aku????susah ea???kalau zaman batu dulu ye lah susah..ni senang je..kau antar je mesej kat aku bgtau yg kau pinjam jersi aku..kan senang..satu sen je kot..kau mesej awek kau lame2 boleh pulak..huh..padan lah kalah teruk!!!kau tahu tak!!!baju tuh aku tak pakai2 lagi!!!weyh!! aku beli lah baju tuh!!kau pulak senang2 nak pakai..tak bagi tahu plak tu...ok lah..papehal minta izin lah dulu cibai...