Saturday 23 February 2013

problemo akibat scrapbook

assalamualaikum semua.

disini saya ingin meluahkan sikit perasaan saya yang kecewa dgn perangai kawan2 yang sepatutnya menfokuskan pemikiran dan fizikal mereka untuk menyiapkan scrapbook ini..anda berpenat lelah demi melancarkan perjalanan program RAFEST.tetapi anda lupa bahwasanya program dan penyertaan anda untuk itu tidak dilihat oleh lecturer dan tidak mempengaruhi pointer dan carrymark anda..malahan ianya memberikan pandangan negatif apabila hasil dan mutu scrapbook anda macam getah skrap yang sepertinya tidak sempurna umpama jambatan separuh siap..adakah anda tahu bahawasanya kawan anda ini bagaikan orang gila menyiapkan scrapbook seorang diri .yang sepatutnya dibuat secara berkumpulan..adakah anda ini memang tergolong dalam kalangan orang-orang yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain disebabkan perbuatan dan perangai anda?????sebagus manapun anda dala menjayakan dan melancarkan RAFEST tersebut tetapi anda harus ingat bahawa carrymark anda akan berkurang sekiranya scrapbook kita tidak disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan..perkara ini juga akan memberi effect kepada empunya badan ini punya carrymark..perlukah saya mengingatkan anda berbanyak kali supaya anda sedar???perlukah setiap benda saya perlu menghantar pesanan ringkas kepada anda supaya anda membantu saya menyiapkan scrapbook ini???perlukah???perlukah?!!! bila saya mengingatkan anda beribu kali..jawaban yang keluar dari mulut anda hanyalah "iya,sekejap lagi aku tolong".anda memang betul2 Melayu..hanya janji manis di bibir.

saya berharap kalian sedar...

Friday 22 February 2013

mimpi..

ini hanya mimpi semata-mata.

"Malaysia kena serang .tapi aku taktahu sape yang serang..family aku terpaksa lari ke tempat lain..OMAN(aku taktahu kenapa Oman).kitorang naik kereta Innova.aku tak ingat samada semua ahli keluarga kitorg lari or tak..dalam kereta tu ada tempat tidur dekat belakang.macam caravan. tempat tidur tu luas and besar.aku tidur dgn adik aku..kitorang pakai selimut..yang lain tak tidur.kitorang tidur gilir-gilir.. on the way lari ke Oman,walaupun aku tidur tapi aku tahu bahawasanya banyak roadblocks and ramai tentera..dorang pegang pumpgun..muka dorang serius.muka dorg ada celoreng..alaa..gaya komando ..
kira-kira 10 jam,kereta kitorang rosak..engine berasap.sebab lama berjalan..non-stop.kitorang turun drpd kereta then ayah aku terus pergi kat enjin kereta..kitorang lapar dan start makan..lama lepastu secara tiba-tiba aku ada motor dan enjin motor hidup walaupun takde kunci..aku tak ingat motor apa..family aku semua makan..kecuali aku dgn ayah aku..lama pastu kereta dah ok..diorang start gerak semula..masa tu aku pergi buang air dekat pokok getah..tepi jalan.family kau tak perasan pon aku takde dalam kereta..bila aku pergi balik dkt tempat dorg.aku tengok diorang dah takde.tapi nasib baik motor ada.aku pon pergi kat motor nak kejar dorg..tapi tayar depan takde..tayar belakang je ada.so motor tak boleh gerak..aku lari sehabis pantas nak kejar family aku..dalam poket baju aku ada nasi kandar..panas lagi..bila aku rasa penat aku stop sekejap.makan dan makan ..tapi aku tak habiskan..aku simpan sikit buat bekalan..time aku masukkan makanan tu balik dalam poket,tetiba ada kereta datang..aku lari sebab aku ingat dorg jahat..tapi dorang lompat atas aku.aku jatuh..tersungkur atas tanah..makanan aku yg ada dalam poket terkeluar.then kotor sebab kena pasir..dorg kata dorg just nak tolong..so aku follow dorg naik kereta..bila kau sampai kat rumah dorg.,aku nampak sorg perempuan ni..muka dia cam familiar je..tapi aku tak ingat sape dia tu..dia ajak aku masuk rumah..jumpa family dia..masa tu dorg tengah makan ramai-ramai..aku bagitahu dia makanan aku tinggal sikit.dan ada pasir dalam tu..family dorg bagi aku makanan.dorg bungkuskan dalam kertas warna coklat..ada dua bungkus.. lepastu aku cakap kat dorg aku nak gerak...nak cari family aku..bila aku keluar pintu..tetiba dari jauh aku nampak family aku ada kat depan pintu..tapi dorang tak kenal aku..aku pelik..kenapa boleh jadi macam tu..aku panggil nama dorang..adik aku.ayah aku.mak aku.tapi dorang tak dengar..tetiba aku nampak lelaki ni muka dan baju dia sebijik macam aku..aku try sentuh dia tapi tak dapat..family aku dan lelaki yang sebijik muka macam aku tu masuk ke bilik..berehat..aku ada dekat tepi tangga.rumah dorg dua tingkat.depan mata aku .aku nampak ayah aku tengah bercakap dengan aku..tapi dgn lelaki yang mukanya sebijik macam aku..ayah aku tanya aku tentang perkahwinan aku yang aku rancang nak buat kat Arab Saudi lepas aku buat umrah.tapi "aku" batalkan sebab "aku" kata "aku" tak ready lagi.."


lepas tu aku terjaga..





.....................TAMAT.........................