Sunday, 9 September 2012

kau yang menyakitkan hati aku

sekarang dah pukul 5 lebih,..
aku dah tunggu kau dari pukul 3 tadi.
dah dua jam.
penat aku tunggu.
tadi kau buat masalah..
aku sabar je.
sabar dan sabar dan sabar.
sampai misai dan janggut yg baru aku shave td pon dah tumbuh balik.
ni semua salah kau,.
salah kau.salah kau,
aku rasa nak je aku sepak kau.
tapi tak sampai hati.
kang aku gak nak guna kau,
..kalau takda kau..
hidup aku susah.susah.
boleh je aku guna tangan.
tapi hari ni aku tak larat.
so aku perlukan kau,
amat amat memerlukan kau,.
tapi kau buta hal pulak,
bila aku tak perlukan kau,
kau ok je.
mantap je.
tapi bila time aku perlukan kau..
macam macam ragam kau buat,.
saja je nak suruh aku guna tangan.


now kau dah ok.
tapi dan dan pulak air takda.
so kau stuck.
otak aku pon stuck .
ikut kau.
haiiissshh..
dunia dunia.
sentiasa penuh dgn cabaran,
penat tahu tak tunggu kau!

takpe.lepas ni aku cari baru.
kau tak guna.
elok bila tidak diperlukan.
barai bila diperlukan.


ok.aku rasa washer machine tu dah ok. 
maka seharusnya aku menggunakan peluang ni untuk menggunakan khidmat kau sebelum kau buat hal lagi.

saya nak kahwin













"Saya Nak Kahwin".. ♥

Ummi Buya.. "Saya Nak Kahwin".. ♥

Ummi Buya, saya nak kahwin.



Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Ummi Buya saya nak kahwin.

Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Ummi Buya saya nak kahwin.

Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin..

Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Ummi Buya, saya nak kahwin..

Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Ummi Buya, saya nak kahwin..

Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Ummi Buya, saya nak kahwin.

Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anakummi dan buya ini, amin.. 

....aku tahu ummi dan buya tak baca entri ni sebab kalian tak ada blog dan tak tahu pon alang ada blog.aku harap mereka akan tahu bila Allah sampaikan hasrat hati aku ni kepada ummi dan buya.ceyyyhhh..