Friday 27 July 2012

impian tinggi gillooo

assalamualaikum..

AKU PANGKAH SALAM SATU MALAYSIA!!


masa aku kecik aku ada impian yang tingginya setinggi gunung everest.tapi lagi tinggi dari tu.
gunung everest manusia dah sampai.tapi impian aku ni.aku tak sampai2 lagi.

first....aku nak jumpa osama ben laden


second..aku nak masuk al-qaeda




hah!mesti pelik n tak percaya an.aku taktau pasaipa aku ada impian sebegitu rupa.aku pon naik pening dgn kepelikan diriku ini.

tapi ada khabar ckp osama ni tak wujud.taliban pon tak kenal sape.yg diorg tau ialah Tim Osman..pastu ada pulak yg ckp al qaeda pon tak wujud.just us pnye propa.

hatiku dijentik

malam ni secara tiba-tiba aku teringat akan Allah.bukanlah bermaksud aku sudah melupakan Allah tetapi malam ni aku rasa lain sikit.bila kita duduk seorang diri secara automatiknya kita akan muhasabah diri kita.kadang2 sengaja aku sisihkan diriku dengan manusia2 lain. mengenangkan kembali dosa2 yang lama.dosa2 yang baru.masih segar.masih merah. apalah yang hendak dibanggakan dengan pahala yang sedikit.jika ditimbang dengan Al-Mizan,sudah semestinya peluangku untuk masuk ke syurga Allah amatlah tipis.maka dicampak aku ke dalam tempat orang2 yg banyak dosanya.




bila kita buat dosa segerakanlah bertaubat.tak kisahlah dosa besar or dosa kecil.asalkn kita bertaubat..tapi kita masih melakukan maksiat selepas bertaubat.yup.iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang. harini kita bertaubat nasuha. tapi esoknya kita  buat lagi dosa tu.maka perlunya kita sentiasa bertaubat dan berusaha sedaya upaya mengelakkan diri kita drpd melakukan dosa itu lagi.

cara nak elak drpd buat banyak dosa.sentiasa berdampingan dengan orang2 baik dan soleh. moga nanti mereka akan selalu ingatkn kita tentang Allah.selalu beri tazkirah.itu bagus.

tapi ni aku bukan jenis yang suka sangat kawan ngan mereka2 yang alim.
hehe..acano ni?
sudah gelapkah jiwa ku ini?
atau hanya sekadar kehendak ego ku yang tinggi??

nanti aku pikir..
dan akan selalu memikirkan.
menjadi lebih baik.


Friday 13 July 2012

solah itu penting

assalamualaikum.

selesai sudah kelas Understanding Islam selama sejam.sejam rasa macam lama.sebab madam dok berleter kat depan.walaupun benda yang dia bebelkan tu just benda basic bout Islam.tapi sedikit sebanyak mengingatkan aku kembali kepada ajaran Islam.yela.sape la yg nak ingatkan kita pasal benda2 ni bila kita kat universiti.kalau kat sekolah dulu yelah.selalu.ada tazkirah la.taklim la.halaqah la.liqoq la.ceramah la.

tadi madam sentuh bab solat.baru aku tahu betapa pentingnya solat itu ke atas individu.solat tu benda pertama yang Allah tanya kat padang masyhar nanti.wow! seram bai..kalau bab solat tak pass.soalan2 lain kompom makin susah nak jawab.dah la bukan mulut yg jawabkan,tapi anggota badan.kalau kat dunia bolehlah nak cover.tapi bila kat sana nanti.mmg tak boleh cover2 dah.

Allah.banyak betul dosa aku.solat pon cukup2 ayam.kadang2 termissed solat.uwaa..banyak betul dosa aku.aku dah boleh bayangkan dah macam mane aku nnti kat sana.kompom gua masuk neraka.uwaaa. tak sanggup aku.kompom ketaq aku nak jawab soalan nanti.

aku selalu berniat untuk berubah menjadi lebih baik.tapi iman aku tak kuat,selalu tumpas di tangan syaiton.lemah bebenor imanku.aku taknak la ummi n buya aku dipertanggungjawabkan atas dosa2 aku. aku taknak mereka turut mendapat dosa disebabkan aku.arrrghhh..tak sanggup aku jadi camtu.sehari dua je aku jadi baik .lepastu start la balik perangai lama.kalau baik sikit ada lah aku baca Al-Quran.zikir. search meaning ayat Al-Quran.dan segala bagai.tapi bila dah sampai tahap bila iman menurun.semua lari entah ke mana.

bila pikir pasal solat.akan terautomatiknya aku pikir pasal mati.aku takut nanti kalau aku mati aku tak sempat nak mengucap.aku takut aku tak sempat bertaubat sebelum mati.aku taknak mati dalam keadaan kafir.aku nak sangat mati kat Mekkah.n aku nak aku dikebumikan kat sana.

bila madam dok bercerita pasal rukun Islam terutamanya pasal solat kat depan.aku dok pandang bawah.malu.malu dengan diri sendiri.malu dengan perangai aku.orang lain boleh jadi baik.kenapa aku tak boleh.Allah dah tutup pintu hati aku ke.atau.jauh sangat ke aku menyimpang.atau.mungkin disebabkan dosa aku yang terlalu banyak sampai susah nak jadi baik. yup.aku yakin dan pasti dosa aku terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan pahala aku yang seciput ni.

Allah masih bagi aku peluang hidup ni sebab Allah nak aku berubah.sebab tu Allah tak ambil lagi nyawa aku. tapi aku tak gunakan peluang tu betul2.makin byk dosa aku buat.tak sedar diri punya manusia.penat parents aku didik aku dari kecik.kadang2 bila aku nak buat dosa tu,adalah aku pikir pasal dorang. tapi aku still buat gak. no offense..

madam cakap.parents zaman sekarang ni hanya mendidik anak2 mereka membaca Al-Quran. tanpa memahami maksud ayat.kalau orang Arab tu.diorang menangis bila dengar ayat Al-Quran.sebab diiorang faham maksud ayat tu.kita hanya menghafal.tanpa mengetahui maksud surah.adalah lebih baik menghafal dan mengetahui maknanya.aku adalah lah faham sikit2 maksud ayat .tapi sikit jela.hafal pon sikit je.Allah.malunya aku.macam mana aku nak mengadap Kau ni.

sia-sia je Allah hidupkan aku kat atas muka bumi ni .tapi buat banyak dosa.tapi aku tahu aku boleh berubah ke arah yang lebih baik.insyaAllah.akan ku usaha sedaya mungkin ke arah itu.

Wednesday 11 July 2012

hospital macam ni ke?? #2

assalamualaikum.dah lama aku bajet nak update benda ni.tapi aku busy teramat dan malas.
aku nak sambung sikit suasana hospital.aku pon taktau apa yg menarik minat aku sampai aku nak update .yela ka.. hospital je pon.tak grand langsung.

dalam bilik aku ni ada sorang pakcik.namanya aku tahu.sejak aku masuk hospital tu(dah lama dah), aku tengok dan dok perhati je.takde  sape yang datang melawat dia.kecian dia. bila time melawat tu,mesti dia dok tengok jam.yela.dia pakai jam.memang dok tgk jam je la keje dia.aku pon pelik.apa yang dia dok tunggu ni. aku pon ada lah sikit kemusykilan yang timbul kat kepala hutak aku nih.nak tanye??mmg rajin pulak aku.

lagi satu kalau time melawat mesti dia dok call orang.tak tahu sape yg dia call.aku agak mesti dia call anak2 or sedara2 dia suruh datang or bila nak datang.muka dia sumpah kesian.bukan nak kutuk tapi memang kesian gila oooo.. anak2 dia pon tak kan la tak kesian kat bapak dia tu.kesian sorang2 kat hospital.kompom dia bosan.dah la dia tak borak2 ngn sape2.senyum pon tak.memang org nak tegur dia pon pikir dua tiga kali.haha



ni la pakcik tu


ha.nampak tak??kesian dia.bila time dia keluar wad tuh.bukan main seronok lagi muka dia aku tengok.siap tersengeh-sengeh lagi kat pesakit lain.haha.kalau bapak aku yg masuk hospital.kompom tiap2 masa aku jaga bapak aku,.ok salam.

Sunday 1 July 2012

y repeat!!!!

argghhh.jemu sudah aku dengan kelas.
tiap2 hari kelas.budak2 lain sume chill je kat bilik
rumets aku tiap2 masa tidor.
almaklumlah takde kelas.
if ada pon mmg sikit gila.
tapi aku???y so many classes maaaa...
why??why??
guwa jeles.hampa la weyh
semangat nk g kelas hancoss
awal2 tu ada lah.
siap 15minit awal aku datang kelas.
penat tu mmg penat lah.
kau bygknlah kelas aku dah la kne naik tangga pastu kat ujong dunia lagi.
tah mana ceruk tah uia sumbat
repeat??itu perit.aku belajar bnde sama. bosan woooo
aku siap dah hafal ape lecturer tu nk cakap.siap dah boleh wat cerpen dah ayat2 dia tuh
semua soklan mdm aku boleh jawab.
tapi aku tak jawab. t budak2 kate aku bajet terer lah pulak.
so aku mendiamkn diri dlm kelas .except for english class.
aku layan dunia aku.mawar khalayan
madam dok bebel.aku start berangan.
if bosan,aku just perhatikan perangai budak2 kelas.
ada yg muka toyer.muka bosan cm aku.
ada yg tgh korek idung then kantoi ngn aku.tapi guwa diam je.
taknk bukak aib.haha.kesian kau.
if bosan lagi aku mesti pg fon.
tggu sesape nk msg aku.
kot2 celcom ada antar msg .
if kelas 2jam tu,adalah dalam 17kali aku tgk fon aku.
tu mmg dah bosan habeh dah tu.
ataupon aku amek testpad then lipat dua pastu aku mengarut bagai kt atas testpad tu.
kiranya madam cm nmpk aku nga buat note.
ada lah sorg mamat tu perasan.then dia tanya
"kau tulis ape tu"... erk..takde pape.
haha..aku igt nk balik bilik je.then layan Hawaii 5-0.