Thursday, 4 October 2012
salahuddin al ayubi
Ketika Salahuddin masih kecil, beliau bermain dgn kanak² yg lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah² kumpulan kanak² itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya.
Ayahnya seorang lelaki yg berbadan tegap berkata: "Aku menikahi ibumu & ibumu melahirkanmu bukan untuk bermain² dgn kanak² yg lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu & ibumu melahirkanmu adalah SUPAYA KAMU MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!!!"
Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya & Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya & tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.
Lantas ayahnya bertanya: "Sakitkah jatuh tadi?"
Salahuddin menjawab: "Sakit."
Ayahnya bertanya lagi: "Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?"
Salahuddin membalas: "Tidak wajar bagi seorang yg bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak/meraung kesakitan."
-rembat remaja cinta dakwah-fb-
........kalau bapak aku buat aku camtu kompom aku melalak.
Subscribe to:
Posts (Atom)