Sunday, 20 January 2013

kesian pakcik tu..

 haritu aku kerja midnight.aku masuk pukul 12 malam and balik pukul 9pagi. benda ni jadi pukul 8 pagi cmtu. ada sorang pakcik ni. dia pakai T-shirt.seluar dia singkat.colour coklat.beg kecil kat pinggang dia.umur lebih kurang sama macam ayah aku.40 lebih.

dia masuk.aku greet dia. time tu ayam takda. dia nak dinner plate.dua set.untuk anak dia.anak dia kat PLKN. dia kata dia datang awal2 sebab nak jumpa anak dia. anak dia pesan belikan KFC. tapi ayam takda.so dia kena tunggu.30 minit.dia kata takpe. anak dia nak makan.

 so dia tunggu kat luar. atas motor.aku nampak. dia pandang je kitorang dari luar.and kitorang pon pandang lah dia..dia sabar je.muka dia redha je kena tunggu 30 minit untuk ayam.and tunggu semata-mata untuk anak dia.aku start kesian dan simpati kat pakcik tu. aku start bayangkan pakcik tu adalah ayah aku sendiri.aku tak senang hati.aku tanya cook.banyak kali jugak lah aku pergi belakang. tengok ayam berapa lama lagi nak siap masak.

bila ayam dah siap masak.aku terus packing makanan tu.sumpah aku kesian. then bila dah siap. aku panggil pakcik tuh. pakcik tu takda tunjuk reaksi marah langsung pon. aku terpikir.macam ni rupanya pengorbanan seorang ayah.walaupun takdelah besar mana. tapi takpela.bagi aku pengorbanan pakcik tu untuk anak dia mentacingkan perasaan aku.takpe.biar aku sorang je rasa cmne rasa dia..haha..

MAAFKAN SAYA PAKCIK...

dean's list

hello semua. now pkul 3.lebih kurang.aku buka tingkap sikit.malam ni rasa bahang. aku ngantuk.tapi tak tahu lah kenapa tak boleh tidur.belakang aku rasa sengal-sengal.maybe tidur tak cukup or ada sebab2 lain. 

DEAN'S LIST.yup.dean's list.hari jumaat haritu adlin sent mesej kat aku.dia bgtau aku dpt dean's list. time tu aku tengah tidur.timetu lebih kurang pukul 11 pagi. aku dengar bunyi mesej masuk then aku check la..

aku taktahu la ape perasaan aku bila tahu bout that. aku rasa cam takda special pon bila dapat benda tu.yup.ramai orang yang berharap and struggle gila-gila for that but for me.entahla.benda tu macam takda function pon.bukan aku tak bersyukur . tapi...hmmmmm.

now .ayam sedang berkokok.sahut menyahut.seronok betul tinggal dekat kampung.
kat bandar korang takkan dengar bunyi ayam berkokok time2 camni kat tepi rumah korang..kalau ada pon mesti kat phone korang..
hah! aku dah merepek.ok now aku try tidur.bye.