assalamualaikum.
selesai sudah kelas Understanding Islam selama sejam.sejam rasa macam lama.sebab madam dok berleter kat depan.walaupun benda yang dia bebelkan tu just benda basic bout Islam.tapi sedikit sebanyak mengingatkan aku kembali kepada ajaran Islam.yela.sape la yg nak ingatkan kita pasal benda2 ni bila kita kat universiti.kalau kat sekolah dulu yelah.selalu.ada tazkirah la.taklim la.halaqah la.liqoq la.ceramah la.
tadi madam sentuh bab solat.baru aku tahu betapa pentingnya solat itu ke atas individu.solat tu benda pertama yang Allah tanya kat padang masyhar nanti.wow! seram bai..kalau bab solat tak pass.soalan2 lain kompom makin susah nak jawab.dah la bukan mulut yg jawabkan,tapi anggota badan.kalau kat dunia bolehlah nak cover.tapi bila kat sana nanti.mmg tak boleh cover2 dah.
Allah.banyak betul dosa aku.solat pon cukup2 ayam.kadang2 termissed solat.uwaa..banyak betul dosa aku.aku dah boleh bayangkan dah macam mane aku nnti kat sana.kompom gua masuk neraka.uwaaa. tak sanggup aku.kompom ketaq aku nak jawab soalan nanti.
aku selalu berniat untuk berubah menjadi lebih baik.tapi iman aku tak kuat,selalu tumpas di tangan syaiton.lemah bebenor imanku.aku taknak la ummi n buya aku dipertanggungjawabkan atas dosa2 aku. aku taknak mereka turut mendapat dosa disebabkan aku.arrrghhh..tak sanggup aku jadi camtu.sehari dua je aku jadi baik .lepastu start la balik perangai lama.kalau baik sikit ada lah aku baca Al-Quran.zikir. search meaning ayat Al-Quran.dan segala bagai.tapi bila dah sampai tahap bila iman menurun.semua lari entah ke mana.
bila pikir pasal solat.akan terautomatiknya aku pikir pasal mati.aku takut nanti kalau aku mati aku tak sempat nak mengucap.aku takut aku tak sempat bertaubat sebelum mati.aku taknak mati dalam keadaan kafir.aku nak sangat mati kat Mekkah.n aku nak aku dikebumikan kat sana.
bila madam dok bercerita pasal rukun Islam terutamanya pasal solat kat depan.aku dok pandang bawah.malu.malu dengan diri sendiri.malu dengan perangai aku.orang lain boleh jadi baik.kenapa aku tak boleh.Allah dah tutup pintu hati aku ke.atau.jauh sangat ke aku menyimpang.atau.mungkin disebabkan dosa aku yang terlalu banyak sampai susah nak jadi baik. yup.aku yakin dan pasti dosa aku terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan pahala aku yang seciput ni.
Allah masih bagi aku peluang hidup ni sebab Allah nak aku berubah.sebab tu Allah tak ambil lagi nyawa aku. tapi aku tak gunakan peluang tu betul2.makin byk dosa aku buat.tak sedar diri punya manusia.penat parents aku didik aku dari kecik.kadang2 bila aku nak buat dosa tu,adalah aku pikir pasal dorang. tapi aku still buat gak. no offense..
madam cakap.parents zaman sekarang ni hanya mendidik anak2 mereka membaca Al-Quran. tanpa memahami maksud ayat.kalau orang Arab tu.diorang menangis bila dengar ayat Al-Quran.sebab diiorang faham maksud ayat tu.kita hanya menghafal.tanpa mengetahui maksud surah.adalah lebih baik menghafal dan mengetahui maknanya.aku adalah lah faham sikit2 maksud ayat .tapi sikit jela.hafal pon sikit je.Allah.malunya aku.macam mana aku nak mengadap Kau ni.
sia-sia je Allah hidupkan aku kat atas muka bumi ni .tapi buat banyak dosa.tapi aku tahu aku boleh berubah ke arah yang lebih baik.insyaAllah.akan ku usaha sedaya mungkin ke arah itu.
No comments:
Post a Comment